Terma & Syarat
Terma ini terpakai bagi semua pembelian produk Farleena melalui laman ini dan borang tempahan rasmi kami. Farleena ialah jenama milik Bidaralab Wellness Sdn. Bhd. (201501025131 (1150453-V)).
1. Tempahan
Tempahan dibuat melalui borang tempahan rasmi di platform OnPay. Tempahan hanya diproses selepas bayaran berjaya disahkan.
2. Harga dan bayaran
Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Bayaran diterima melalui FPX (perbankan dalam talian) dan kad debit/kredit melalui gerbang pembayaran yang disediakan oleh OnPay. Kos penghantaran ditanggung pembeli dan dipaparkan sebelum bayaran dibuat.
3. Penghantaran
- Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui syarikat kurier.
- Kos penghantaran: Semenanjung Malaysia RM6, Sabah, Sarawak dan Labuan RM16 bagi setiap tempahan.
- Parcel biasanya sampai dalam tempoh seminggu selepas bayaran disahkan. Tempoh sebenar bergantung kepada lokasi dan syarikat kurier.
- Pastikan nama, alamat dan nombor telefon yang diisi adalah tepat.
4. Penggunaan produk
Produk Farleena ialah produk kosmetik untuk kegunaan luaran sahaja. Setiap kulit berbeza. Buat ujian tompok sebelum penggunaan pertama. Jika berlaku kerengsaan, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat doktor.
5. Pemulangan
Sila rujuk Polisi Pemulangan kami.
6. Had liabiliti
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, liabiliti kami bagi sesuatu tempahan terhad kepada nilai produk yang dibeli. Hak anda sebagai pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 tidak terjejas.
7. Hubungi kami
Bidaralab Wellness Sdn. Bhd.
59-2, Jalan Dataran Suria 15/7, Seksyen 15, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia
Tel: +6014-847 5618
Email: admin@farleena.com
